Saturday 17 April 2021

Jejak Rasul bawa sisi berbeza

KUALA LUMPUR: Memasuki edisi ke-27, program kembara Jejak Rasul yang cukup sinonim dengan sajian Ramadan TV3, terus dinantikan peminat.

Andai sebelum ini, kru produksi berkelana ke seluruh dunia menjejaki tamadun Islam, namun, kali ini, akibat sekatan perjalanan, program majalah popular ini tampil dengan kandungan berbeza.

Tidak kurang tarikannya, kru Jejak Rasul kali ini menjelajah tujuh negeri di Malaysia antaranya Kedah, Perak, Kelantan dan Melaka bagi menjejaki artifak dan bahan berkaitan sejarah Islam dan kisah Nabi.


Diberi judul Jejak Rasul : Ulama Pewaris Rasul, edisi ke-27 program ini diterbitkan sebanyak 15 episod dan mula disiarkan sejak 9 April lalu, setiap hari Jumaat hingga Ahad.

Diskaun 70 peratus saman JPJ dapat sambutan menggalakkan

BATU PAHAT: Diskaun 70 peratus yang ditawarkan bagi pembayaran saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula Selasa lalu, mendapat sambutan menggalakkan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata ia mendapat sambutan khususnya pada mereka yang mempunyai saman tertunggak kerana itu adalah yang ditunggu-tunggu orang ramai untuk membayar saman.




"Diskaun berkenaan memberi kebaikan kepada pengguna jalan raya, khususnya mereka yang masih dalam tindakan senarai hitam untuk membayar saman tertunggak, selain meringankan beban golongan kehilangan kerja.

"Pengguna jalan raya memang menunggu untuk melunaskan saman kerana dalam keadaan gawat ketika ini, ada yang hilang pekerjaan dan cuba mencari pekerjaan lain serta pada masa sama perlu memperbaharui lesen, sekali gus keluar dari senarai hitam," katanya katanya pada sidang media Majlis Penyampaian Sumbangan Bungkusan Makanan Kepada Masjid dan Surau Parlimen Ayer Hitam di Dewan Komuniti Ayer Hitam, dekat sini, hari ini.